| ENG | BM |
Board of Directors

LEMBAGA PENGARAH

Jeneral (Rtd) Tan Sri Dato’ Mohd Ghazali Seth (Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas)
Jeneral (Rtd) Tan Sri Dato’ Mohd Ghazali Seth (Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas)

YBhg Tan Sri Dato’ Mohd Ghazali Seth telah dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas bagi RBS Berhad pada tahun 1994. Beliau juga merupakan ahli Audit dan Pemeriksaan, Pengurusan Risiko, Ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Gaji, dimana semuanya merupakan Lembaga sub-komiti.

Beliau mempunyai pelbagai kelayakan ketenteraan dari United Kingdom, antaranya Pegawai Tentera dari Royal Military College, Sandhurst, Military Command & Staff dari Staff College Camberly, Military Intelligence dari Staff Intelligence Ashford dan Joint Services dari Staff College Latimar. YBhg Tan Sri Ghazali bersara daripada jawatan Ketua Angkatan Tentera selepas berkhidmat selama 35 tahun dengan Angkatan Tentera Malaysia. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Senator dalam Parlimen Malaysia dan sebagai Naib Presiden Persatuan Bekas Perajurit Angkatan Tentera Malaysia.

Pada masa sekarang, YBhg Tan Sri Ghazali juga memegang jawatan pengarah di Nestle (Malaysia) Berhad dan Pacific & Orient Insurance Co. Berhad. Selain itu, beliau juga memegang pelbagai jawatan di pelbagai organisasi. Antaranya seperti ahli terhormat dengan Institute of Strategic and International Studies (ISIS), Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Amanah Pembinaan Insan, Ahli Lembaga Amanah Neuro Surgical Foundation, Pengerusi Kelab Pegawai Tentera Bersara, Ahli Lembaga Amanah Johore Malay Chamber of Commerce of Malaysia, Pengerusi kepada Panel Pelaburan, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Pengerusi Malaysian International Tuna Port Sdn. Bhd.


Andrew Mark Sill (Pengarah Urusan)
Andrew Mark Sill (Pengarah Urusan)

Encik Andrew Mark Sill telah dilantik sebagai Pengarah Urusan RBS Berhad dan Eksekutif Negara Malaysia pada April 2009.

Berasal dari United Kingdom, Encik Sill memiliki BA (Hons) dari Birmingham University dan telah berkhidmat dengan RBS Group selama lebih daripada 20 tahun.

Sebelum berpindah ke Malaysia, Encik Sill telah berkhidmat selama 10 tahun di RBS Singapura sebagai Pengarah Kanan dan kemudiannya dilantik menjadi Ketua Bersama Perbankan Korporat, Asia Tenggara. Beliau bertanggungjawab ke atas francias Perbankan Korporat RBS di rantau Asia Tenggara.

Selain itu, sebelum berkhidmat di Singapura, Encik Sill pernah bekerja dengan NatWest Markets, di Pejabat Perwakilan Kuala Lumpur di mana beliau terlibat dalam usaha membangunkan asas pemasaran MNC serta penubuhan cawangannya di Labuan, dan dan seterus di Mumbai, India sebagai Wakil NatWest Markets untuk selama 2 tahun.

Pada masa kini, Encik Sill merupakan ahli Lembaga RBS Asia Advisers (Malaysia) Sdn Bhd and Gale Force Sdn Bhd.


Dato’ Jorgen Bornhoft (Pengarah Bukan Eksekutif Bebas)
Dato’ Jorgen Bornhoft (Pengarah Bukan Eksekutif Bebas)

YBhg Dato’ Jorgen Bornhoft telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas RBS Berhad pada tahun 1999. Beliau juga merupakan ahli Audit dan Pemeriksaan, Pengurusan Risiko, Ahli Jawantankuasa Pencalonan dan Gaji, dimana semuanya merupakan Lembaga sub-komiti.

Beliau memegang Ijazah Perakaunan dan Kewangan (Bachelor of Commerce) dari Copenhagen Business School dan pernah menghadiri kursus pengurusan eksekutif di INSEAD.

Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Carlsberg Brewery Malaysia Berhad bermula dari bulan April 1991 dan pada bulan Oktober 1995, beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan syarikat tersebut. Pada bulan Januari 2003, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Carlsberg Asia Pte Ltd di Singapura sehingga 30 Jun 2004. Sebelum perlantikannya di Carlsberg Brewery Malaysia Berhad, beliau merupakan Timbalan Presiden Carlsberg International A/S, Denmark, di mana beliau dipertanggungjawabkan ke atas projek-projek baru dan subsidiari-subsidiari asing.

Pada masa kini, YBhg Dato’ merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Hap Seng Consolidated Berhad, Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Hap Seng Plantations Berhad dan Pengarah Mega First Corporation Berhad.


Tan Sri Asmat bin Kamaludin (Pengarah Bukan Eksekutif Bebas)
Tan Sri Asmat bin Kamaludin (Pengarah Bukan Eksekutif Bebas)

YBhg Tan Sri Datuk Asmat Bin Kamaludin telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas RBS Berhad pada tahun 2007. Beliau juga merupakan ahli Audit dan Pemeriksaan, Pengurusan Risiko, Ahli Jawantankuasa Pencalonan dan Gaji, yang mana semuanya merupakan Lembaga sub-komiti.

Beliau memperoleh kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi) dari Universiti Malaya pada 1966. Pada awal tahun 1970, beliau telah dihantar ke Amsterdam untuk mengikuti satu program khas tentang Komuniti Ekonomi Eropah, di mana beliau telah memperoleh kelulusan yang cemerlang. Tidak lama selepas itu, YBhg Tan Sri telah berangkat ke Brussels, di mana beliau dipertanggungjawabkan bagi memantau implikasi pembentukan Komuniti Ekonomi Eropah atau EEC untuk negara Malaysia.

Sebagai mantan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YBhg Tan Sri mempunyai pengalaman yang luas dalam perkhidmatan diplomatik dan awam Malaysia, dalam satu Kementerian. Beliau telah berkhidmat dengan MITI untuk selama 35 tahun, di mana beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha selama sembilan tahun. Sepanjang tempoh kerjayanya di dalam sektor perdagangan domestik dan antarabangsa, YBhg Tan Sri juga pernah mewakili Malaysia dalam beberapa rundingan dan perjanjian penting dengan beberapa badan antarabangsa seperti ASEAN, WTO dan APEC. Di samping itu, YBhg Tan Sri telah melibatkan diri dengan aktif dalam beberapa organisasi kebangsaan yang terkemuka seperti Permodalan Nasional Berhad, Johor Corporation, Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC), dan MARTRADE.

YBhg Tan Sri Asmat juga telah berkhidmat dengan cemerlang dalam mengukuhkan hubungan perdagangan antara negara Jepun dan Malaysia dan di atas sumbangan tersebut, beliau telah dipilih sebagai penerima anugerah Maharaja Jepun pada tahun 1995.

Selain itu, beliau pernah menyertai ahli kumpulan kerja dalam NEAC (National Economic Advisory Council). Beliau juga merupakan menjadi salah seorang ahli Lembaga Pengarah Yayasan JACTI, dimana beliau telah dilantik sebagai Governor. Baru-baru ini, beliau telah dilantik sebagai Governer bagi mewakili Malaysia dalam ERIA (The Economic Research Institute for Asean and East Asia).

YBhg Tan Sri Asmat juga turut terlibat dengan beberapa organisasi terkenal pada masa kini, antaranya ialah UMW Holdings Berhad, YTL Cement Berhad, Panasonic Manufacturing Malaysia Berhad, Symphony House Berhad, Scomi Group Berhad, SCOMI Marine Berhad, Compugates Holdings Berhad, TASCO Berhad, Lion Industries Corporation Berhad dan Malaysian Pacific Industries Berhad.


Robert Ralph Davis (Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas)
Robert Ralph Davis (Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas)

Encik Davis telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas RBS Berhad pada tahun 2001. Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa Pengurusan Risiko dan Pencalonan, dimana semuanya merupakan sub-komiti Lembaga.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana (dengan kepujian) dari Stanford University dalam Ekonomi dan MALD dalam kewangan Antarabangsa dari Fletcher School of Law dan Diplomacy (Tufts and Harvard Universities).

Mr. Davis merupakan Pengarah, Perkhidmatan Perniagaan Asia bagi The Royal Bank of Scotland N.V. Sebelum ini, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pematuhan, Asia dan Ketua Pegawai Operasi, Pejabat Rantau Asia Pasifik untuk ABN AMRO Bank.

Daripada Bank of Amerika, beliau telah menyertai ABN AMRO Bank pada bulan Mac 2000, di mana beliau merupakan Ketua Perancang dan Strategi Asia. Beliau mempunyai 20 tahun pengalaman dalam perbankan korporat dan pelanggan di Asia Tenggara, termasuklah melaksanakan tugas-tugas khas di Hong Kong, Filippina, Thailand, Malaysia, Singapura dan Indonesia.


Madan Kumar Menon (Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas)
Madan Kumar Menon (Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas)

Encik Menon dilantik menjadi Eksekutif Negara Singapura mulai Januari 2011 dan beliau bertanggungjawab mengurus dan mengendalikan pertumbuhan perniagaan RBS di negara tersebut. Beroperasi di Singapura, Encik Menon juga bertanggungjawab memastikan perkembangan Ekuiti Asal RBS, Pasaran Modal Hutang dan perniagaan Kewangan Korporat di Asia Tenggara (Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand) dan India. Selain itu di India, beliau turut bertanggungjawab menguruskan perniagaan Pemasaran RBS, yang merangkumi perdagangan, jualan, penstrukturan dan penyelidikan berhubung dengan FX, Kadar, Kredit, Pendapatan Tetap dan Ekuiti.

Encik Menon menyertai RBS pada tahun 2007 sebagai Ketua Pemasaran & Perbankan Global untuk negara India. Sebelum itu, beliau adalah CEO bersama bagi Barclays Capital di India. Kerjaya Encik Menon dalam dunia perbankan bermula apabila beliau menyertai American Express Bank sebagai pedagang pendapatan tetap dan pasaran wang. Hari ini, Encik Menon mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam perbankan Asia.

Mr Menon memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Monmouth University, New Jersey, USA dan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari Andhra University, India.